Coronaviruses (CoV) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni rasa terdetik sekali hati untuk mula menulis berkaitan Coronaviruses (CoV).  Saya bukanlah doctor atau mana-mana ahli perubatan, tak ada kaitan langsung.  Pun saya menulis bukanlah sesuka hati tanpa merujuk mana-mana sumber.  Tapi saya nak simpan ni sebagai sejarah dalam kitar kehidupan saya iatu apa yang saya sudah lalui sepanjang hayat termasuklah perubahan teknologi.  Pada saya bertuah lahir diantara tahun 80'an kerana banyak yang dilalui.  Lagi-lagi sebenarnya saya nak simpan sebagai sejarah kerana suami adalah antara orang yang berada dibarisan hadapan (frontline) ketika wabak berleluasa.  

Hari ini sudah 4 bulan (Mac 2020) sebenarnya Coronaviruses (CoV) atau lebih dikenali sebagai wabak 'covid 19' iaitu sejak December 2019 yang bermula dari daerah Wuhan di China menyerang hampir ke seluruh negara di dunia.

Mengikut sumber COVID-19 adalah cabang virus baru daripada kelompok Corona, baru ditemui pada tahun 2019 dan belum dikenal pasti oleh badan manusia dan sudah pasti masih belum ada penawarnya (vaksin) yand ditemui atau berjaya dikaji. 

Coronaviruses (CoV) adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit dari selesema biasa kepada penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV).

Coronaviruses adalah zoonotik, bermakna transmisi di antara haiwan dan manusia. Siasatan terperinci mendapati bahawa SARS-CoV telah dihantar dari kucing civet kepada manusia dan MERS-CoV dari unta dromedari kepada manusia. Beberapa coronavirus yang diketahui beredar dalam haiwan yang belum dijangkiti manusia.

Tanda-tanda jangkitan biasa termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Cadangan standard untuk mencegah penyebaran jangkitan termasuklah membasuh tangan secara tetap, meliputi mulut dan hidung apabila batuk dan bersin, daging dan telur masak dengan teliti. Elakkan hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.

Coronavirus, covid 19
Gambar Hiasan