Actually, Ida just nak share pengalaman ketika Ida and family ke Desa Cattle Dairy Farm. 2 kali Ida jejak kaki ke “tanah lembu” tu iaitu tahun 2010 dan 2014, rasanya tak puas dan nak pergi lagi jika ada peluang........so ikuti pengalaman Ida and family.........
Banyak orang cakap mini New Zealand ada di Sabah...????
Ya....Satu-satunya ada di Sabah dan satu-satunya ada di Malaysia.....:-)
Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan siapa yang dapat bayangkan... so nice!.....
Ya....Satu-satunya ada di Sabah dan satu-satunya ada di Malaysia.....:-)
Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan siapa yang dapat bayangkan... so nice!.....
Ketinggian kawasan ini 2100M daripada aras laut, itu menyebabkan rumput yang ditanam untuk makanan lembu tumbuh dengan subur, hijau mata memandang dan Gunung Kinabalu nampak sangat dekat, jadi bagi anda yang suka bergambar memang saya syorkan untuk datang ke Desa Dairy Farm, Melisau Highland, Kundasang, Sabah.
Ia juga adalah destinasi ideal untuk seisi keluarga, kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle ini. Antaranya :
· Melihat bagaimana proses pemerahan susu
· Boleh memberi lembu makan / rumput dikenakan bayaran
· Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan / penghasilan susu dalam kotak, harus merasai sendiri susu yang dihasilkan pelbagai perisa dan sangat lazat!
· Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
· Sekiranya lapar, di sini juga ada menjual makanan ringan seperti waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli ole-ole di kedai cenderahati
· Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ialah jam 3.00pm-5.00pm untuk melihat aktiviti pemerahan susu lembu (setiap hari) atau waktu pemprosesan susu jam 10.30am-2.00pm (selasa,khamis,ahad).
· Bayaran masuk RM4.00/Dewasa dan RM3.00/pelajar atau kanak-kanak Pelajar Pra sekolah (umur 6 Tahun dan kebawah) dan OKU dikecualikan bayaran masuk
· Rombongan sekolah, IPTA / IPTS, badan kerajaan/swasta, persatuan, yang berminat untuk membuat LAWATAN SAMBIL BELAJAR.
Ida percaya jangankan orang luar negara orang yang ada di Sabah sendiri masih ramai lagi yang belum jejak kaki ke Desa Cattle Farm.
So, bagaimana cara untuk datang ke sini? senang sahaja Desa Cattle terletak di Kundasang, pemanduan daripada Pekan Kundasang adalah lebih kurang 15 minit, banyak petunjuk arah diletakkan di sepanjang jalan untuk memudahkan anda untuk datang kesini.
0 Comments